Archive

Posts Tagged ‘login’

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar (LHDN)

March 25th, 2011 No comments

Memang sekarang banyak emel yang kita terima dari Maybank, CIMB dan sebagainya meminta kita update maklumat kita dengan me’login’ ke lawan web mereka. Hati-hati kerana emel ini semuanya palsu. Saya pernah post satu topik sebelum ni pasal emel dari maybank (tips mengenali email palsu).. Tapi sebaiknya mark email2 ini sebagai spam dan buang je dalam tong sampah. Buang masa baca emel2 dari bank sebab bank dah umumkan bahawa pihak bank takkan hubungi pelanggan melalui email!

Mungkin sebab tektik penghantar email penipu ni dah tak menjadi, skarang diorang guna LHDN pulak suruh penerima emel login ke website bank(website palsu) untuk menerima bayaran balik cukai terlebih bayar… Jadi, diharap kita dapat berhati-hati dengan emel2 macam ni. Jangan terlalu cepat ambil tindakan sebelum berfikir dahulu.

Sila rujuk sini untuk melihat kenyataan dari pihak LHDN.