Home > Funny > Permohonan untuk berpoligami

Permohonan untuk berpoligami

Surat permohonan dari suami untuk berpoligami dan surat balasan dari isteri… memang lawak.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan
untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk,
ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

 

Balasan surat permohonan ‘minta kawin lagi’:

MasjuwitakuberserahpadaNya binti Saniman,
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman,
Terengganu.

Kepada;

Jakariman bin Jaka Sambung,
17 Jalan Angkasa
24300, Kemaman,
Terengganu.

Tuan,

Per; Balasan Untuk Permohonan Berpoligami.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Setelah meneliti dan memperhalusi permohonan tuan tersebut, (walaupun tanpa
keberanian pihak tuan menuliskan nama sebenar) maka saya dengan sukacitanya
mengalu-alukan dan meluluskan permohonan tuan untuk menuruti hawa nafsu tuan
itu tanpa banyak bicara.

2. Di antara sebab-musabab mengapa saya tidak keberatan untuk meluluskan
permohonan tuan itu adalah seperti berikut;

i. Saya telah sedia maklum terhadap penyakit kegatalan yang bermaharajalela
pada diri tuan itu, justeru, sebelum ia melarat menjadi kanser yang
menyakitkan mata dan jiwa saya, maka dengan rela hatinya saya meluluskan
permohonan tuan tersebut.

ii. Dengan adanya isteri muda tuan yakni kon flek bermadu saya nanti,
dapatlah saya berkongsi masalah khususnya yang berkaitan dengan perangai tak
semenggah tuan terhadap diri saya selama ini. Jika sebelum ini saya sahaja
yang terpaksa menanggung susah susah dan jarang jarang senang bersama tuan,
maka dengan kemunculan beliau nanti, dapatlah saya hempukkan terus masalah
yang tak merampingkan pinggang saya itu kepada dia pula.

iii. Dengan perkahwinan itu juga, tuan pastinya menambah bilangan seorang
lagi pengantin buruk yang perasan hebat walhal tuan tidak tahu betapa saya
sebenarnya telah lama berangan-angan untuk berkongsi tuan dengan sesapa yang
sudi. Sebenarnya telah 5 tahun saya merisik-risik, malangnya, apakala
disebut sahaja nama tuan, usah kata anak gadis, mak gadis dan mak jen tu
juga melahirkan rasa tak berkenannya terhadap tuan. Oleh yang demikian, saya
amatlah berharap agar setiausaha tuan yang ingin tuan kahwini itu tidak akan
menarik dirinya di saat-saat akhir, jika keadaan demikian terjadi, besarlah
harapan saya agar tuan cuba pula membuka permohonan kepada neng-neng yang
ada di pejabat tuan itu, mungkin mereka sedia menjadi madu saya atas
sebab-sebab yang sedia kita maklumi.

Untuk pengetahuan tuan, saya tidak menghabiskan masa membaca surat
permohonan tuan itu secara keseluruhan, hanya membaca kepala surat sahaja,
sudah saya fahami maksud tuan, yang tuan beriye-iye menulis panjang lebar
itu kenapa? Mungkin didorong oleh rasa bersalah tuan, kan. Almaklumlah,
demikian kebiasaannya perangai kaum tuan, pasal ayat-mengayat memang jaguh,
cuma tanggungjawabnya aje yang selalu lumpuh!!

Dengan kelulusan yang saya berikan ini, maka bolehlah tuan bersedia daripada
sekarang untuk membuat persiapan apa-apa yang patut supaya majlis
perkahwinan
tuan itu nanti berjalan lancar. Tentang kad jemputan, usahlah
tuan khuatirkan, saya telah pun sedia menempah ruang iklan di 5 buah akhbar
tempatan, termasuk akhbar tamil dan mandarin, sebagai iklan seterusnya
mewar-warkan perkahwinan tuan tersebut. Saya juga ada mengirimkan gambar
tuan kepada semua akhbar tersebut untuk dicetak, tetapi, oleh kerana saya
tidak dapat foto terbaru tuan, maka foto zaman ‘baby’ tuan dalam posisi
meniarap dan dalam keadaan x-rated itu telah saya lampirkan; harap-harap
pihak akhbar meluluskan penyiarannya tanpa suntingan.

Sekian dahulu daripada saya. Selamat melangkah ke jinjang pelamin dengan
muka tak malu. Semoga menjadi suami yang mengambil berat yakni mengamalkan
senaman mengangkat besi dan tong drum bagi menambah jisim tubuh badan tuan
yang ala-ala papan lapis itu.

Sebarang masalah yang berkaitan dengan saya, sila hubungi bapa dan ibu
mertua tuan, yakni ayah dan mak saya.

Saya yang benar,
MasjuwitakuberserahpadaNYa.


Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to Google Buzz Send Gmail Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

Related Posts:

Categories: Funny Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.