Home > General > Hadkan Penggunaan Beg Plastik Mulai Julai 2009

Hadkan Penggunaan Beg Plastik Mulai Julai 2009

plasticSemasa di Tesco semalam, tertarik pada satu poster di pintu masuk Tesco di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik mulai Julai 2009. Ia merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk alam sekitar kerana beg plastik adalah benda yang lambat lupus. 

Saya telah cuba untuk mencari informasi mengenai kempen ini di dalam laman web Kerajaan Negeri P. Pinang, tetapi tidak menjumpai satu pun banner kempen tersebut. Tetapi setelah mencari di google, saya menjumpai laman Adun Teratai (Jenice Lee) yang mempunyai informasi tersebut. Berikut adalah petikan dari laman web tersebut:

Semua negeri harus mengikut jejak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan penggunaan beg plastik

Kami mengalu-alukan pengumuman Kerajaan PR Pulau Pinang sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bahawa mulai Bulan Julai setiap
Hari Isnin merupakan “Hari Tanpa Beg Plastik”. 

Beg Plastik merupakan sesuatu produk yang susah untuk dilupuskan. Meskipun Beg Plastik Biodegrable pun memerlukan air, cahaya matahari dan oksigen untuk process pelupusannya. Berikutan ia adalah percuma dan pengunaan sekali secara amnya, masyarakat dunia telah menyedari tentang mudarat yang dibawanya kepada alam sekitar, maka telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melarang kegunaannya.
Selatan Australia telah mengumumkan larangan pengunaan beg plastik sejak Bulan Mei tahun ini. Hong Kong pula akan mengenakan bayaran HKD 50sen (lebih kurang RM0.25) untuk setiap beg plastik. Manakala Negeri China telah melaksanakan Akta Pengehadan Penggunaan Beg Plastik sejak Bulan Jun tahun lalu. Satu kajian tentang kesan selepas setahun pelaksanaannya telah mendapati ia telah menjimatkan 1.6juta tan petroleum.      
Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang menetapkan setiap Hari Isnin merupakan Hari Tanpa Beg Plastik merupakan satu langkah pemuliharaan alam sekitar yang bijak. Jika masyarakat umum tidak membawa beg plastik sendiri harus membayar RM0.20 untuk setiap beg plastik dan duit ini akan digunakan untuk bantuan menbanteraskan golongan miskin tegar dalam negeri Pulau Pinang. Di samping itu, kami juga berharap Kerajaan Pusat dapat melaksanakan Polisi Kitaran Semula dengan secepatnya melalu galakan terhadap orang ramai untuk membahagikan sampah sarap dan seterusnya dapat mengurangkan penggantungan masyarakat umum terhadap beg plastik. Semua negeri harus mngikuti jejak Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang untuk menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar.
 
 
 
paperbagKita harus mengimbas kembali ke zaman silam di mana semasa saya masih kecil, rata-rata kedai runcit/borong menggunakan beg kertas (brown paper bag) untuk mengisi barang yang dibeli pelanggan seperti yang dipraktikkan oleh negara-negara barat sekarang. Beg kertas amat mudah dilupuskan dan bagi saya ia adalah penyelesaian untuk masalah penggunaan dan pelupusan bahan plastik.

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to Google Buzz Send Gmail Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

Related Posts:

  • No Related Posts
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.